Matlamat

  1. Menurut subseksyen 4(1) Akta, matlamat Koperasi ini ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengkut prnsip koperasi.

 

Fungsi

  1. Fungsi Koperasi ini ialah pengguna.

 

Aktiviti

  1. (1) Bagi mencapai matlamat dan fungsi menurut undang-undang kecil 7 amnya dan 8 khasnya, Koperasi boleh, tertakluk kepada peraturan Akta dan peraturan-peraturan-

(a) menjalankan aktiviti berikut:

                              (i)           kantin;

                              (ii)          restoran; dan

                              (iii)         homestay;

(b) menjalankan aktiviti kebajikan dan pendidikan anggota;

(c) membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih;

(d) melaburkan wang berlebihan di dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;

(e) mengadakan subsidiary menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya; dan

(f) menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi lain.

(2)          Bagi melaksanakan aktviti menurut fasal (1), Koperasi boleh mendapatkan-

(a)          modal dengan cara mengumpul syer, deposit, pinjaman atau simpanan khas daripada anggota; dan

(b)          pinjam daripada bukan anggota dengan kelulusan Suruhanjaya menurut perenggan 50(e) Akta dan peraturan-peraturan.

(3)          Bagi mengendalikan sesuatu aktiviti menurut fasal (1), Lembaga hendaklah membuat aturan aktiviti yang sesuai yang diluluskan oleh mesyuarat agung dan satu Salinan atauran hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam tempoh tiga puluh hari selepas diluluskan oleh mesyuarat agung itu.

(4)          Bagi maksud perenggan 50(e) Akta, Koperasi hendaklah-

(a)          menyediakan aturan yang mengandungi terma dan syarat berhubung dengan:

(i)            deposit dan pinjaman daripada anggota; dan

(ii)           pinjaman daripada bukan anggota;

(b)          membentangkan aturan itu di dalam mesyuarat agung untuk kelulusan; dan

(c)           mengemukakan aturan itu kepada Suruhanjaya dalam masa tiga puluh hari selepas aturan itu diluluskan oleh mesyuarat agung.

 

Walau apa pun perenggan (b), Suruhanjaya boleh, demi kepentingan Koperasi, mengarahkan supaya aturan dipinda.

 

(5)          Walau apa pun peruntukan undang-undang kecil ini, setiap aktiviti yang hendak dijalankan adalah tertakluk kepada peraturan mana-mana undang-undang bertulis lain.