Nama

  1. Menurut subseksyen 7(4) dan (5) Akta, Koperasi ini hendaklah dinamakan Koperasi Alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka Berhad.

 

Alamat

  1. (1) Alamat yang didaftarkan bagi Koperasi ini ialah No. 5, Jalan Tu40, Business Park @ Mitc, Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

 

(2)          Koperasi hendaklah memberitahu kepada Suruhanjaya dalam tempoh tiga puluh hari tentang tiap-tiap pertukaran alamat, menurut seksyen 11 Akta.

 

Kawasan operasi

  1. Kawasan operasi Koperasi ini ialah seluruh negeri Melaka kecuali kawasan Bukit Payung.