Tajuk dan mula berkuat kuasa
1. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka Berhad.

(2) Undang-undang Kecil ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh ianya didaftarkan oleh Suruhanjaya.

 

Tafsiran
2. Di dalam Undang-undang Kecil ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
akaun teraudit” termasuklah penyata kewangan dan laporan Lembaga dan laporan juruaudit di bawah subseksyen 59(1) Akta, sebagaimana yang ditakrifkan menurut peraturan 2 Peraturan;

Akta” ertinya Akta Koperasi 1993 dan pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;

anggota” termasuklah seseorang yang turut sama di dalam permohonan pendaftaran Koperasi ini dan yang telah menandatangani minit mesyuarat agung permulaan Koperasi dan seseorang yang diterima menjadi anggota Koperasi mengkut Peraturan dan Undang-undang Kecil Koperasi selepas pendaftaran;