Dimaklumkan bahawa KAUTeM yang diwakili oleh Encik Wan Sazli Nasaruddin bin Saifudin telah membuat pembentangan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya) pada 30 Mei 2018 berkenaan hasrat koperasi untuk memperkenal dan menjalankan perniagaan serta usahasama strategik keusahawanan bersama koperasi. Sukacita dimaklumkan, Suruhanjaya bersetuju atas cadangan ini dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh koperasi.
Susulan pembentangan tersebut, pada 31 Mei 2018, pihak SKM telah mengeluarkan satu surat sokongan yang antara lain memaklumkan, pihak KAUTeM diberi tempoh 1 tahun bermula pada tarikh surat sokongan dikeluarkan untuk menjalankan aktiviti yang dicadangkan kepada semua koperasi aktif yang berdaftar dengan SKM. Pihak KAUTeM mengucapkan terima kasih atas peluang dan sokongan yang diberikan dan akan sama-sama berusaha menjayakan projek yang dicadangkan ini.