Alhamdulillah,

Pada 14.4.2018, telah berlangsungnya satu Mesyuarat Lembaga KAUTeM bagi Bil1/2018 bertempat di AMTIS Solutions, MITC, Melaka. Mesyuarat dihadiri 7 orang Ahli Lembaga. Selain laporan pengurusan, turut dibentangkan dan dibincangkan adalah tiga cadangan projek yang berpotensi dilaksanakan oleh KAUTeM. Semasa mesyuarat tersebut, Ahli Lembaga juga menerima beberapa cadangan tambahan projek yang dirasakan sesuai dilaksanakan oleh KAUTeM. Pihak lembaga bersetuju mempertimbangkan cadangan yang diterima, namun memerlukan beberapa maklumat tambahan sebelum keputusan dimuktamatkan. Pihak KAUTeM sentiasa mengalu-alukan cadangan aktiviti atau projek yang sesuai dilaksanakan. Cadangan boleh dihantar secara atas talian melalui URLĀ https://kautem.org.my/cadangan-projek-aktiviti-kautem-2018/

Syor KAUTeM menjadi ahli ANGKASA turut dibentangkan dan mendapat sokongan Ahli Lembaga. Keahlian KAUTeM di dalam ANGKASA dilihat tepat bagi membantu membimbing serta memperkasa ahli KAUTeM dengan pelbagai aktiviti dan kursus yang sesuai.

Turut ditetapkan adalah sasaran jumlah keahlian baru KAUTeM bagi 2018. Beberapa strategi dan pendekatan telah disyorkan. Semoga usaha KAUTeM mendapat sokongan rakan Alumni UTeM seterusnya mencapai objektif utama KAUTeM, memperkasa aktiviti ekonomi ahli.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00pm. Pihak KAUTeM mengucapkan terima kasih atas komitmen semua Ahli Lembaga KAUTeM yang hadir ke mesyuarat ini dan kepada AMTIS Solution atas kesudian menyediakan bilik mesyuarat yang selesa sepanjang mesyuarat dijalankan.

 

Mesyuarat Lembaga KAUTeM Bil1/2018

You May Also Like