Kelayakan menjadi anggota

  1. (1) Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada bekas Mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

(2) Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah:

(a)          warganegara Malaysia;

(b)          telah mencapai umur lapan belas tahun;

(c)           bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah di dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan

(d)          bukan seorang yang;

(i)            tidak upaya dari segi mental;

(ii)           bankrap yang belum dilepaskan;

(iii)          terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabit bagi kesalahan yang boleh daftar; dan

(iv)          telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.