Usaha dan inisiatif penubuhan sebuah koperasi mewakili AUTeM telah bermula sejak 2012. Pelbagai pengalaman dan dugaan dilalui rakan-rakan AUTeM dan melibatkan banyak pihak.
Akhirnya, pada Oktober 2015 barulah kita berjaya melangkapkan pendaftaran Koperasi Alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka Berhad (KAUTeM) ini.
Menjelang 2018, mari sama-sama kita menghidupkan dan memajukan KAUTeM yang bakal menjadi platform menyokong jaringan rakan-rakan AUTeM dalam perlabagi cabang bidang ekonomi khususnya, selari dengan matlamat utama penubuhan KAUTeM : Meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi.