Mesyuarat Lembaga KAUTeM Bil1/2018

Alhamdulillah,

Pada 14.4.2018, telah berlangsungnya satu Mesyuarat Lembaga KAUTeM bagi Bil1/2018 bertempat di AMTIS Solutions, MITC, Melaka. Mesyuarat dihadiri 7 orang Ahli Lembaga. Selain laporan pengurusan, turut dibentangkan dan dibincangkan adalah tiga cadangan projek yang berpotensi dilaksanakan oleh KAUTeM. Semasa mesyuarat tersebut, Ahli Lembaga juga menerima beberapa cadangan tambahan projek yang dirasakan sesuai dilaksanakan oleh KAUTeM. Pihak lembaga bersetuju mempertimbangkan cadangan yang diterima, namun memerlukan beberapa maklumat tambahan sebelum keputusan dimuktamatkan. Pihak KAUTeM sentiasa mengalu-alukan cadangan aktiviti atau projek yang sesuai dilaksanakan. Cadangan boleh dihantar secara atas talian melalui URL https://kautem.org.my/cadangan-projek-aktiviti-kautem-2018/

Syor KAUTeM menjadi ahli ANGKASA turut dibentangkan dan mendapat sokongan Ahli Lembaga. Keahlian KAUTeM di dalam ANGKASA dilihat tepat bagi membantu membimbing serta memperkasa ahli KAUTeM dengan pelbagai aktiviti dan kursus yang sesuai.

Turut ditetapkan adalah sasaran jumlah keahlian baru KAUTeM bagi 2018. Beberapa strategi dan pendekatan telah disyorkan. Semoga usaha KAUTeM mendapat sokongan rakan Alumni UTeM seterusnya mencapai objektif utama KAUTeM, memperkasa aktiviti ekonomi ahli.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00pm. Pihak KAUTeM mengucapkan terima kasih atas komitmen semua Ahli Lembaga KAUTeM yang hadir ke mesyuarat ini dan kepada AMTIS Solution atas kesudian menyediakan bilik mesyuarat yang selesa sepanjang mesyuarat dijalankan.

 

NOTIS MESYUARAT LEMBAGA KOPERASI ALUMNI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA BERHAD (KAUTeM) BILANGAN 1/2018

Notis Mesyuarat ALK Bil1-2018

Rujukan: KAUTeM/MLK-1-2018
Tarikh: 29 Mac 2018
Kepada: Semua Ahli Lembaga Koperasi Alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka Berhad

 

NOTIS MESYUARAT LEMBAGA KOPERASI ALUMNI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA BERHAD (KAUTeM)
BILANGAN 1/2018

 

Bagi mematuhi Seksyen 41 Akta Koperasi 1993 (Akta 502) dan Undang-undang Kecil Koperasi Alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka Berhad fasal (42) maka dengan ini adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Lembaga Koperasi bilangan 1/2018 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 14 April 2018 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik mesyuarat, AMTIS Solutions, No.5, Jalan TU40, Business Park@MITC Taman Tasek Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Agenda Mesyuarat Lembaga KAUTeM adalah seperti berikut:

  1. Mengesahkan minit Mesyuarat Lembaga Khas yang diadakan pada 10 Januari 2018 di Samsung IoT, Kampus Teknologi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
  2. Membincangkan perkara berbangkit.
  3. Mengkaji, membincang, menimbang dan memutuskan ;
    • Keputusan Mesyuarat Agung,
    • Laporan pengurusan,
    • Permohonan menjadi anggota KAUTeM,
    • Keahlian ANGKASA.
  4. Membentang dan meluluskan kedudukan kewangan bulanan.
  5. Mengkaji dan membincangkan projek KAUTeM yang sedia ada dan subsidiari.
  6. Mengkaji, membincangkan dan memutuskan cadangan projek baru KAUTeM dan subsidiari.
  7. Membincangkan hal-ehwal pengurusan dan ahli termasuk ;
    • Kursus wajib SKM dan Kehadiran program latihan,
    • Program pendidikan anggota.
  8. Melantik Jawatankuasa Audit Dalaman dikalangan anggota menurut undang-undang kecil 53.

Sehubungan dengan itu, Ahli Lembaga KAUTeM adalah dijemput hadir ke Mesyuarat Lembaga seperti tarikh, masa, tempat dan agenda yang disebutkan di atas.

Harap maklum,
Pengerusi, KAUTeM

Mesyuarat Agung KAUTeM Bil1-2018

Alhamdulillah dan syukur, dengan usaha pihak Pejabat Penolong Naib Canselor – Jaringan Industri & Masyarakat UTeM (PIJIM) dan Persatuan AUTeM, majlis perjumpaan Datuk NC UTeM bersama Alumni dalaman UTeM telah berlangsung dengan jayanya. Majlis dihadiri hampir 63 alumni dari pelbagai peringkat pengajian dan fakulti. Pada majlis yang sama, lantikan ALK telah dibuat.

 

Pelbagai persoalan dan pandangan diutarakan semasa sesi bersama Datuk NC UTeM. Majlis yang bermula jam 2.30 petang berakhir sekitar jam 5.00 petang. Perbincangan bersama aktivti sepanjang 2018 disyorkan ahli yang hadir.

Semoga segala input yang diterima dan dikongsi, dijadikan panduan serta motivasi untuk semua dalam memastikan tahun 2018 KAUTeM aktif dan bersama-sama menyumbang kepada AUTeM dan UTeM.

Mesyuarat Agung Koperasi Alumni UTeM Berhad (KAUTeM) & Perjumpaan Bersama Datuk Naib Canselor UTeM.

[NOTIS & MAKLUMAN]

Tarikh: 1.2.2018 (Khamis)
Masa: 2.00pm
Tempat: Dewan Auditorium, Bangunan Canselori (*update lokasi)

Pendaftaran sebagai ahli KAUTeM & AUTeM serta semakan keahlian juga boleh dibuat pada hari majlis.

Program juga akan disusuli dengan Majlis Bacaan Yasin di Masjid UTeM.
Masa: Selepas Maghrib.

Semua rakan Alumni UTeM ( AUTeM – Persatuan Alumni UTeM ) dijemput hadir menyokong serta memeriahkan majlis.

Harap maklum