Hosting Percuma Untuk Ahli KAUTeM

Bersempena tahun 2020 ini, pihak KAUTeM dengan kerjasama HOSTDEWA menawarkan pakej hosting percuma untuk 1 tahun kepada ahli KAUTeM.

Layari https://hostdewa.com dan gunakan kod kupon aehxp6d9 untuk membuat penebusan dengan potongan harga 100% ini.

Kod kupon sah digunakan oleh ahli dengan email ahli KAUTeM sahaja.

Kod kupon sah digunakan sehingga 30 April 2020.

Sila hubungi pihak Admin sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan tawaran ini.

Sekian, terima kasih.
Admin, KAUTeM

Pembayaran Secara Online

AsSalammualaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan, bermula hari ini (9.10.2018) pihak pengurusan KAUTeM akan menerima bayaran pendaftaran keahlian secara online melalui payment gateway yang lebih mudah dan selamat. Naik taraf ini dilakukan bagi memberi kemudahan kepada bakal ahli untuk mendaftar selain memudahkan urusan admin dalam memastikan pengurusan akaun KAUTeM dalam keadan baik, tepat dan sistematik.

Oleh itu, pihak KAUTeM ingin mengajak rakan Alumni UTeM yang masih belum mendaftara sebagai ahli KAUTeM untuk mula mendaftar seterusnya menyokong usaha pemperkasa ekonomi alumni, melalui platform KAUTeM.

Pertukaran Nombor Talian Hotline KAUTeM

AsSalammualaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa nombor rasmi talian Hotline KAUTeM kini telah ditukar kepada : 0111 322 7712

Pertukaran ini akan berkuat kuasa bermula 1 Mei 2018. Untuk sebarang pertanyaan atau keperluan berhubung terus ke talian Hotline KAUTeM, boleh dilakukan pada waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Lawatan Wakil ANGKASA Negeri Melaka

Pada hari ini (19.3.2018) pihak KAUTeM telah menerima lawatan tiga wakil Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Negeri Melaka diketuai oleh Puan Norasimah Yahya bagi satu sesi penerangan ringkas kelebihan KAUTeM menjadi ahli kepada ANGKASA. Pada pertemuan itu, wakil ANGKASA menerangkan peranan ANGKASA dan SKM dalam perjalanan sesebuah koperasi berdaftar dan kemudahan serta bimbingan yang ditawarkan kepada ahli.

 

Visi, Misi, Matlamat & Fungsi ANGKASA

Visi ANGKASA adalah menjadi badan apeks pemangkin pembangunan koperasi terunggul di ASEAN menjelang 2020.

Misi ANGKASA adalah menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi serta melindungi kepentingan dan memperjuangkan hak gerakan koperasi melalui pengurusan yang professional.

Matlamat penubuhan ANGKASA terkandung di dalam Undang-Undang Kecil (UUK) ANGKASA (Pindaan 2010). Menurut subseksyen 4(3) Akta, matlamat ANGKASA sebagai badan yang mewakili Gerakan Koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa (yakni koperasi apeks) ialah:-

1. menyatukan semua koperasi dalam Malaysia;

2. mewakili Gerakan Koperasi Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;

3. memperjuang, mengawasi dan menjaga kepentingan dan pembangunan koperasi ahli khususnya dan Gerakan Koperasi amnya;

4. dan memudahkan operasi koperasi ahli.

Fungsi utama ANGKASA yang terkandung di dalam UUK 11 (1) adalah memastikan matlamatnya (ANGKASA) tercapai dengan memberi perkhidmatan sebagaimana yang diperihalkan dalam Undang-Undang Kecil. Di dalam UUK 11 (2), ANGKASA berfungsi untuk :-

1. memberi nasihat dan bantuan kepada koperasi ahli dalam perjalanan pengurusan perniagaan mereka;

2. menggalakkan kajian penyelidikan dan pembangunan berkaitan dengan Gerakan Koperasi;

3. menyedia dan memberi perkhidmatan nasihat dan panduan berkenaan dengan hal pentadbiran, pengurusan, perakaunan, audit, undang-undang, keusahawanan, skim perlindungan sosial termasuk zakat dan wakaf, kemudahan BPA dan lain-lain perkhidmatan untuk kepentingan koperasi ahli dan gerakan Koperasi amnya;

4. memajukan pendidikan, latihan dan penerangan ilmu koperasi, dan ilmu perniagaan, keusahawanan dan perindustrian dalam bidang yang dinyatakan dalam perenggan (o) fasal (1) undang-undang kecil 12;

5. membantu Kerajaan untuk menggalakkan dan mengembangkan Gerakan Koperasi dalam Malaysia selaras dengan Dasar Koperasi Negara dana pa-apa dasar Kerajaan berhubungan dengan koperasi;

6. mengambil dayausaha dan initiatif bagi menggalakkan dan menjalankan aktiviti-aktiviti dalam bidang sosial dan ekonomi Negara;

7. mengadakan atau menerima dan mentadbir kumpulan wang, tabung atau skim khas atau am bagi memajukan Gerakan Koperasi;

8. memainkan peranan dan menyelaras, sejauh mana yang munasabah, penjagaan alam sekitar;

9. berkhidmat sebagai pusat tumpuan fikiran mengenai segala perkara yang berkaitan dengan Gerakan Koperasi dan mengemukakan fikiran dan pendapat mengenai Gerakan Koperasi kepada mana-mana pihak yang berkaitan;

10. mengumpul segala maklumat berkaitan dengan Gerakan Koperasi;

11. mempromosi dan mengembang teknik pengurusan dan perniagaan serta penggunaan alat dan teknologi yang canggih;

12. melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan dan kebajikan termasuk penubuhan pasukan sukarela di dalam dan luar Malaysia; dan

13. pada amnya membantu dan memudahkan operasi koperasi ahli.

 

KAUTeM melihat keanggotaan di dalam ANGKASA mampu memberi manafaat dan faedah yang baik kepada ahli dan koperasi KAUTeM itu sendiri. Perincian keahlian KAUTeM akan dikemukakan dan disyorkan di dalam mesyuarat ALK KAUTeM akan datang untuk dipertimbangkan. Ahli akan dimaklumkan sebarang maklumat terkini.

Terima kasih.

Mesyuarat Agung Koperasi Alumni UTeM Berhad (KAUTeM) & Perjumpaan Bersama Datuk Naib Canselor UTeM.

[NOTIS & MAKLUMAN]

Tarikh: 1.2.2018 (Khamis)
Masa: 2.00pm
Tempat: Dewan Auditorium, Bangunan Canselori (*update lokasi)

Pendaftaran sebagai ahli KAUTeM & AUTeM serta semakan keahlian juga boleh dibuat pada hari majlis.

Program juga akan disusuli dengan Majlis Bacaan Yasin di Masjid UTeM.
Masa: Selepas Maghrib.

Semua rakan Alumni UTeM ( AUTeM – Persatuan Alumni UTeM ) dijemput hadir menyokong serta memeriahkan majlis.

Harap maklum