Hosting Percuma Untuk Ahli KAUTeM

Bersempena tahun 2020 ini, pihak KAUTeM dengan kerjasama HOSTDEWA menawarkan pakej hosting percuma untuk 1 tahun kepada ahli KAUTeM.

Layari https://hostdewa.com dan gunakan kod kupon aehxp6d9 untuk membuat penebusan dengan potongan harga 100% ini.

Kod kupon sah digunakan oleh ahli dengan email ahli KAUTeM sahaja.

Kod kupon sah digunakan sehingga 30 April 2020.

Sila hubungi pihak Admin sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan tawaran ini.

Sekian, terima kasih.
Admin, KAUTeM

Pembentang Padanan Perniagaan

Dimaklumkan bahawa KAUTeM yang diwakili oleh Encik Wan Sazli Nasaruddin bin Saifudin telah membuat pembentangan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya) pada 30 Mei 2018 berkenaan hasrat koperasi untuk memperkenal dan menjalankan perniagaan serta usahasama strategik keusahawanan bersama koperasi. Sukacita dimaklumkan, Suruhanjaya bersetuju atas cadangan ini dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh koperasi.

 

Susulan pembentangan tersebut, pada 31 Mei 2018, pihak SKM telah mengeluarkan satu surat sokongan yang antara lain memaklumkan, pihak KAUTeM diberi tempoh 1 tahun bermula pada tarikh surat sokongan dikeluarkan untuk menjalankan aktiviti yang dicadangkan kepada semua koperasi aktif yang berdaftar dengan SKM. Pihak KAUTeM mengucapkan terima kasih atas peluang dan sokongan yang diberikan dan akan sama-sama berusaha menjayakan projek yang dicadangkan ini.

Bazar Ramadhan UTeM 2018

Macam-macam ada!

Kami mengalu-alukan kehadiran semua warga UTeM & orang awam untuk ke Bazar Ramadhan UTeM di Kampus Induk Universiti Teknikal Malaysia Melaka – UTeM Durian Tunggal Melaka.

InsyaAllah bermula esok (25.5.2018) , KAUTeM akan turut serta memeriahkan Bazar Ramadhan UTeM 2018 dengan membuat jualan kuih-muih. Usaha ini dibantu oleh rakan Alumni UTeM yang menguruskan operasi jualan di salah sebuah gerai yang terdapat di bazar tersebut.

 

Bazar Ramadhan ini terletak di laluan utama (berdekatan masjid) dan peniaga-peniaga meletakan harga yang sangat berbaloi untuk kita nikmati.

Jom kita singgah!

Mesyuarat Lembaga KAUTeM Bil1/2018

Alhamdulillah,

Pada 14.4.2018, telah berlangsungnya satu Mesyuarat Lembaga KAUTeM bagi Bil1/2018 bertempat di AMTIS Solutions, MITC, Melaka. Mesyuarat dihadiri 7 orang Ahli Lembaga. Selain laporan pengurusan, turut dibentangkan dan dibincangkan adalah tiga cadangan projek yang berpotensi dilaksanakan oleh KAUTeM. Semasa mesyuarat tersebut, Ahli Lembaga juga menerima beberapa cadangan tambahan projek yang dirasakan sesuai dilaksanakan oleh KAUTeM. Pihak lembaga bersetuju mempertimbangkan cadangan yang diterima, namun memerlukan beberapa maklumat tambahan sebelum keputusan dimuktamatkan. Pihak KAUTeM sentiasa mengalu-alukan cadangan aktiviti atau projek yang sesuai dilaksanakan. Cadangan boleh dihantar secara atas talian melalui URL https://kautem.org.my/cadangan-projek-aktiviti-kautem-2018/

Syor KAUTeM menjadi ahli ANGKASA turut dibentangkan dan mendapat sokongan Ahli Lembaga. Keahlian KAUTeM di dalam ANGKASA dilihat tepat bagi membantu membimbing serta memperkasa ahli KAUTeM dengan pelbagai aktiviti dan kursus yang sesuai.

Turut ditetapkan adalah sasaran jumlah keahlian baru KAUTeM bagi 2018. Beberapa strategi dan pendekatan telah disyorkan. Semoga usaha KAUTeM mendapat sokongan rakan Alumni UTeM seterusnya mencapai objektif utama KAUTeM, memperkasa aktiviti ekonomi ahli.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00pm. Pihak KAUTeM mengucapkan terima kasih atas komitmen semua Ahli Lembaga KAUTeM yang hadir ke mesyuarat ini dan kepada AMTIS Solution atas kesudian menyediakan bilik mesyuarat yang selesa sepanjang mesyuarat dijalankan.

 

Mesyuarat Agung KAUTeM Bil1-2018

Alhamdulillah dan syukur, dengan usaha pihak Pejabat Penolong Naib Canselor – Jaringan Industri & Masyarakat UTeM (PIJIM) dan Persatuan AUTeM, majlis perjumpaan Datuk NC UTeM bersama Alumni dalaman UTeM telah berlangsung dengan jayanya. Majlis dihadiri hampir 63 alumni dari pelbagai peringkat pengajian dan fakulti. Pada majlis yang sama, lantikan ALK telah dibuat.

 

Pelbagai persoalan dan pandangan diutarakan semasa sesi bersama Datuk NC UTeM. Majlis yang bermula jam 2.30 petang berakhir sekitar jam 5.00 petang. Perbincangan bersama aktivti sepanjang 2018 disyorkan ahli yang hadir.

Semoga segala input yang diterima dan dikongsi, dijadikan panduan serta motivasi untuk semua dalam memastikan tahun 2018 KAUTeM aktif dan bersama-sama menyumbang kepada AUTeM dan UTeM.

Mesyuarat Agung Koperasi Alumni UTeM Berhad (KAUTeM) & Perjumpaan Bersama Datuk Naib Canselor UTeM.

[NOTIS & MAKLUMAN]

Tarikh: 1.2.2018 (Khamis)
Masa: 2.00pm
Tempat: Dewan Auditorium, Bangunan Canselori (*update lokasi)

Pendaftaran sebagai ahli KAUTeM & AUTeM serta semakan keahlian juga boleh dibuat pada hari majlis.

Program juga akan disusuli dengan Majlis Bacaan Yasin di Masjid UTeM.
Masa: Selepas Maghrib.

Semua rakan Alumni UTeM ( AUTeM – Persatuan Alumni UTeM ) dijemput hadir menyokong serta memeriahkan majlis.

Harap maklum